Home Tester Club ialah komuniti pembeli dalam talian yang menguji produk dan berkongsi ulasan untuk membantu pembeli lain membeli dengan lebih bijak. Ia adalah platform unik untuk ribuan ulasan produk, dan dengan menyertai kelab ini, anda akan layak untuk menyertai pelbagai ujian produk percuma, dengan sampel produk yang dihantar terus ke pintu rumah anda.

Home Tester Club sememangnya boleh disertai secara percuma. Apa yang kami harapkan daripada ahli kami adalah kejujuran! Suka dengan syampu baharu anda? Tidak gemar dengan perisa biskut baharu? Kami ingin tahu segalanya. Ulasan produk anda tidak akan ditapis di Home Tester Club. Ayuh kita bantu pembeli yang lain membeli dengan bijak dengan kongsikan pengalaman produk anda secara jujur.

Suara pengguna adalah suara yang paling dipercayai. Maklum balas anda yang jujur berkenaan produk adalah penting dan akan membantu peneraju jenama negara untuk menghasilkan produk yang lebih baik demi pembeli seperti anda.
Untuk mendaftar akaun Home Tester Club anda secara percuma, sila klik butang "Sertai Sekarang". Anda perlu isikan butiran anda dan jawab beberapa soalan profil, dan kini akaun anda telah tersedia!
Home Tester Club boleh didapati di Australia, New Zealand, Brazil, Kanada, Perancis, India, Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina, Thailand, Hong Kong, Taiwan, Vietnam, Jepun, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, UK, Itali, Sepanyol, Portugal, Belanda, Belgium, Jerman, Switzerland dan Mexico. Kami sedang berkembang dan berharap agar kami boleh didapati di negara anda tidak lama lagi.
Home Tester Club adalah komuniti online terbaik untuk tahap penilaian dan ulasan produk runcit! Ini kerana ahli kami berkongsi ulasan dan maklum balas yang jujur berkenaan produk yang telah mereka uji melalui Home Tester Club atau mencubanya sendiri.
Menguji produk adalah antara perkara yang paling menyeronokkan apabila manjadi ahli Home Tester Club. Kunjungi laman UJIAN di laman web kami untuk mendaftarkan keinginan anda menguji produk kami yang dibuka untuk pendaftaran.

Sila ambil perhatian, kami ingin memastikan bahawa produk yang betul akan berada di tangan pengguna yang sepatutnya. Kami tidak mahu menghantar produk makanan anjing sekiranya mereka tidak memiliki haiwan peliharaan! Anda mestilah melengkapkan kaji selidik prakelayakan untuk mendaftarkan keinginan anda untuk ujian produk, dan supaya pasukan kami boleh memastikan anda individu yang terbaik untuk menguji produk.

Anda mungkin tidak sesuai untuk setiap ujian produk, tetapi jangan putus asa! kami sentiasa mengambil penguji produk, oleh itu kami amat syorkan kepada anda supaya menyemak inbox emel anda untuk jemputan pendaftaran dan sentiasa semak laman UJIAN kami.

Apabila anda mendaftar sebagai seorang ahli, kami akan tanya beberapa soalan untuk membantu kami memahami profil pengguna anda. Melalui gabungan maklumat ini, dan juga soalan kaji selidik prakelayakan (khusus untuk setiap ujian produk), akan menentukan ahli yang paling sesuai untuk menguji produk.


Kami juga akan melihat pada jumlah mata dan lencana Home Tester Club sebagai pertimbangan semasa memilih ahli untuk ujian produk kami. Sila baca maklumat di bawah berkenaan mata Home Tester Club.
Kami hanya ingin menghantar produk yang relevan dengan anda. Dengan melengkapkan profil Home Tester Club anda, dan mendaftarkan minat anda untuk sertai ujian produk yang tertentu, pasukan kami akan memilih ahli yang paling sesuai menerima produk untuk diuji.
Selepas anda telah mendaftarkan minat anda untuk ujian produk (dengan melengkapkan kaji selidik prakelayakan), kami akan menghantar emel kepada anda dalam tempoh 1-2 minggu untuk memaklumkan kepada anda bahawa anda telah terpilih untuk menguji produk.
Tahniah! Biasanya produk akan mengambil masa 1-3 minggu untuk dihantar ke alamat anda selepas anda telah terpilih untuk menyertai ujian produk. Sila rujuk pada emel yang anda terima daripada Home Tester Club.

Jika anda tidak menerima produk anda selepas 3 minggu anda dimaklumkan bahawa anda telah terpilih, sila ikuti langkah-langkah berikut:
  • Log masuk ke akaun Home Tester Club anda dan pergi ke papan pemuka anda, klik nama anda di bahagian atas skrin anda. Pergi ke profil anda dan pastikan alamat rumah anda adalah betul. Jika alamat anda tidak betul, sila kemas kini dalam profil anda dan emel ke pasukan Home Tester Club untuk memaklumkan kepada mereka (supaya mereka boleh cuba untuk menjejak semula penghantaran bungkusan anda).
  • Jika alamat anda betul, semak untuk ketahui sama ada terdapat mana-mana kelewatan penghantaran di kawasan anda.
  • Jika semuanya ok, berkemungkinan bungkusan anda hilang. Malangnya ia memang berlaku kadang-kadang. Jika tempoh 3 minggu telah berlalu, sila emel ke pasukan Home Tester Club untuk bercakap tentang hal ini dengan mereka.
  • Bungkusan anda mengandungi risalah Home Tester Club. Pastikan anda membaca risalah ini untuk arahan ujian produk anda. Biasanya, anda mestilah mula menguji produk anda sebaik sahaja anda telah menerimanya, jadi anda boleh kongsikan maklum balas anda tentang produk ini dengan jujur!

    Tip Penguji: Ambil gambar dan/atau ulasan video pengalaman ujian produk anda! Anda boleh muat naik kandungan anda sebagai sebahagian daripada ujian produk anda untuk dapatkan mata Home Tester Club. Kami juga menggalakkan anda untuk kongsikan kandungan anda di laman Facebook Home Tester Club atau laman Instagram anda. Sila pastikan ikuti kami dan tag kami menggunakan #HomeTesterClubMY untuk berpeluang dipaparkan atau memenangi hadiah!
    Kami sememangnya ingin menglibatkan setiap ahli di dalam ujian produk kami, komuniti kami adalah agak besar dan hanya mempunyai jumlah produk yang terhad untuk dihantar. Cara yang terbaik untuk meningkatkan peluang anda terpilih adalah dengan melengkapkan profil Home Tester Club dan mohon untuk ujian produk sebagaik sahaja anda telah dijemput untuk mendaftar.

    Jika anda ingin meninggalkan ulasan untuk produk tertentu, sila gunakan kotak carian di Home Tester Club untuk melihat jika kami mempunyai laman produk di laman web kami untuk produk tersebut. Jika ada, sila berikan ulasan anda! Jika anda tidak jumpa produk yang anda cari di Home Tester Club, sila hubungi pasukan kami dan kami akan masukkannya ke dalam laman web kami.
    Di Home Tester Club, kami mementingkan kejujuran dan keaslian. Ulasan negatif tidak akan menjejaskan peluang untuk anda terpilih dalam ujian produk percuma. Ulasan negatif adalah ulasan yang jujur! Kami ingin mendengar pandangan sebenar anda tentang produk yang penting kepada anda. Dengan pengecualian bahasa yang tidak sesuai atau kesat.

    Kami juga bergantung kepada ulasan jujur anda untuk membantu para pembeli membeli dengan lebih bijak. Jika anda tidak menyukai sesuatu produk, kami ingin tahu!
    Kami menggalakkan anda untuk muat naik gambar & video pengalaman ujian produk anda! Dengan melakukannya, anda juga akan mendapat mata Home Tester Club dan meningkatkan status keahlian anda.

    Adakah anda sudah membeli produk yang anda telah uji dan menyukainya? Jika anda lihat produk tersebut di laman web kami, dan anda ingin muat naik gambar atau video berkenaan dengannya, sila klik butang ""Muat naik gambar/rakam video"" di bawah gambar produk, dan kemudian ikuti arahan.

    Adakah anda telah terpilih untuk ujian produk percuma Home Tester Club? Jika anda ingin memberikan ulasan bergambar atau video untuk produk yang telah anda terima daripada kami, anda akan diarahkan untuk melakukannya sebaik sahaja anda melengkapkan kaji selidik selepas ujian untuk produk tersebut. Tugasan untuk muat naik ujian ini juga boleh didapati di papan pemuka keahlian anda selepas kaji selidik selepas percubaan produk anda dibuka.
    Kami gembira dengan pertanyaan anda! Di sini kami berikan beberapa tip untuk anda memperhebatkan kandungan anda:
  • Dapatkan sumber pencahayaan yang bagus - Kami ingin anda nampak berseri, sama seperti produk yang telah anda uji. Carilah kawasan yang mempunyai pencahayaan semula jadi di dalam rumah anda, atau gunakan sebanyak cahaya buatan yang boleh anda dapati.
  • Tunjukkan kepada kami pek produk - Untuk memberikan ulasan, anda perlu pegang pek produk! Kami ingin lihat anda bersama produk semasa anda menceritakan tentang pengalaman anda.
  • Cari kawasan yang sunyi jika anda merakam video - cuba kurangkan bunyi di persekitaran anda. Carilah bilik yang senyap di mana anda tidak diganggu. Cuba matikan mana-mana peralatan yang mengeluarkan bunyi, seperti penghawa dingin atau kipas.

    Kini kandungan anda mungkin berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada Home Tester Club sekiranya anda ikuti garis panduan ini!
  • Pasukan Home Tester Club kami akan menilai semua gambar dan video yang telah dimuat naik ke laman web kami, ini demi memastikan kandungannya bersesuaian dan relevan dengan produk. Jika kandungan anda diluluskan, ia akan dipaparkan di dalam laman web kami dalam beberapa hari.
    Ulasan di Home Tester Club diberikan oleh ahli-ahli yang telah pun menguji produk sama ada sebagai sebahagian daripada ujian produk atau secara sukarela. Anda juga mestilah menjadi ahli Home Tester Club yang sah untuk memberikan sebarang ulasan di laman web kami.

    Anda boleh gunakan menu penapis di setiap laman produk untuk melihat ulasan berikut:
  • Telah Diuji Di Rumah (ahli terima produk sebagai sebahagian daripada ujian produk percuma Home Tester Club)
  • Saya Telah Mencubanya (ahli telah mencuba produk ini secara persendirian)
  • Penilaian
  • Tarikh
  • Home Tester Club Points, Badges & Competitions

    Ahli kami boleh mendapat mata melalui sumbangan kepada Home Tester Club. Ini termasuklah memberikan ulasan, melengkapkan kaji selidik, menyertai ujian produk, memberikan komen, muat naik gambar dan video, dan banyak lagi. Mata Home Tester Club tidak mempunyai nilai wang, walau bagaimanapun, terdapat manfaat dengan memiliki mata ini.
    Kami akan menjemput ahli yang paling aktif pada setiap bulan untuk menyertai percubaan bonus Home Tester Club, di mana kami akan menghantar produk percuma kepada anda. Kami namakannya ""Program Penyumbang Utama"". 20 ahli bagi setiap negeri yang mengumpul paling banyak mata pada bulan tersebut akan dijemput untuk menyertai ujian produk ekslusif ini!

    Tambahan lagi, proses pemilihan untuk ujian produk ini adalah berdasarkan pada jumlah mata ahli kami. Selepas anda mendaftarkan minat anda untuk ujian produk, pasukan Home Tester Club kami akan melihat pada semua maklum balas, kemudian memilih ahli yang layak untuk ujian produk tersebut. Jika kami mempunyai lebih ramai ahli yang layak daripada yang kami perlukan, jumlah mata akan menjadi faktor penentu siapa yang akan kami hantarkan produk! Ini bermakna, lebih banyak jumlah mata yang diperolehi, lebih tinggi peluang anda untuk terpilih dalam percubaan percuma.
    Jika anda telah lama menjadi ahli kami, anda mungkin perasan bahawa mata anda telah berubah. Atau, anda mungkin tidak tahu langsung bahawa anda memiliki mata Home Tester Club! Namun, kami ingin pastikan ahli kami yang aktif diberikan ganjaran untuk penglibatan mereka di laman web dan di dalam komuniti kami. Kami juga ingin pastikan semua ahli mempunyai peluang sama rata untuk menerima produk percuma daripada kami untuk diuji. Sebab itulah kami telah membuat beberapa perubahan pada nilau mata yang kami berikan untuk setiap aktiviti di laman web kami.
    Lencana adalah simbol sumbangan anda kepada Home Tester Club. Untuk melihat lencana manakah yang anda perolehi, dan lencana manakah yang anda masih belum perolehi, sila kunjungi papan pemuka ahli dan klik pada "Lencana Saya". Terdapat banyak tanda untuk bagaimana anda boleh meningkatkan tahap daripada lencana gangsa ke perak dan emas.
    Secara umumnya, lebih aktif anda di laman web kami, labik banyak mata anda akan perolehi! Di sini kami senaraikan segala aktiviti yang akan mendapatkan anda mata Home Tester Club:
  • Lengkapkan profil anda
  • Daftar untuk ujian produk
  • Lengkapkan kaji selidik
  • Berikan ulasan tentang produk yang anda lihat di Home Tester Club
  • Kongsikan hantaran tentang produk di bahagian soalan & jawapan (Q&A)
  • Balas kepada hantaran di bahagian soalan & jawapan (Q&A)
  • Muat naik gambar pengalaman ujian produk anda
  • Muat naik ulasan video pengalaman ujian produk anda
  • Di Home Tester Club, maklumat anda di simpan dengan sulit. Butiran peribadi, termasuk nama penuh, alamat rumah dan emel, tidak akan dikongsikan dengan sesiapa pun di luar The Brand Power Company, kecuali anda memilih untuk kongsikan butiran anda dengan rakan ahli. Biasanya, hanya nama pertama dan wilayah anda yang akan boleh dilihat di laman web kami. Jika anda menguji produk, maklum balas anda boleh dikongsikan dengan jenama dan syarikat yang memiliki produk. Untuk maklumat lanjut, sila lihat Polisi Privasi kami.
    Ya, anda boleh hubungkan akaun Home Tester Club anda ke akaun Facebook sedia ada anda. Sila kunjungi papan pemuka anda dengan klik nama anda di bahagian penjuru atas sebelah kanan di skrin anda, kemudian pergi ke tetapan. Togol hubungan Facebook anda di tetapan sosial anda dan simpan apa yang telah anda ubah.
    Anda dialu-alukan untuk menyertai ujian produk tanpa menghubungkannya ke akaun media sosial anda, sesetengah ujian produk akan menggalakkan anda untuk menggunakan akaun media sosial sepenuhnya jika anda mempunyainya.
    Memastikan butiran anda dikemas kini adalah penting untuk ujian produk dan penghantaran yang berjaya. Penting bagi anda untuk pastikan alamat anda dikemas kini, supaya kami boleh menghantar produk percuma ke tempat yang sepatutnya, jika anda terpilih untuk menyertai ujian produk

    Bagi mengemas kini butiran untuk dihubungi, sila kunjungi papan pemuka anda dengan klik pada nama anda di bahagian penjuru atas skrin anda, kemudian pergi ke tetapan. Pastikan anda telah simpan segala perubahan.
    Sila pastikan nama pengguna anda (cth; alamat emel) dan kata laluan adalah betul. Jika anda masih belum dapat log masuk, cuba buat tetapan semula dengan memasukkan alamat emel yang anda gunakan untuk mendaftar dengan Home Tester Club. Kami akan menghantar emel dengan pautan untuk buat semula kata laluan anda.
    Kami sedih melihat anda pergi, tetapi Home Tester Club bukannya untuk semua orang. Untuk padamkan akaun anda,
    Klik Sini.