Privasi

Dasar Privasi Home Tester Club

Tarikh Berkuat kuasa: September 2013; Kali Terakhir Dikemas kini: April 2021

Dasar Privasi ini terpakai kepada laman web di mana ia muncul.

Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana Home Tester Club mengendalikan dan memproses maklumat peribadi yang dikumpulkan di laman web dan platform di mana dasar ini muncul. Dasar ini tidak terpakai dengan bagaimana kami mengendalikan maklumat pekerja atau bakal pekerja.

Kami menggunakan maklumat anda berdasarkan persetujuan anda terhadap amalan kami. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan pengumpulan, pendedahan dan penggunaan maklumat anda seperti yang diterangkan di dalam Dasar Privasi ini.

Kami mengumpul maklumat dalam cara yang berbeza.

Kami mengumpul maklumat secara terus daripada anda. Kami mengumpul maklumat daripada anda bila anda mendaftar atau menggunakan borang “hubungi kami”. Kami juga boleh mengumpul maklumat bila anda menghantar e-mel kepada kami atau mengemaskini profil anda.

Kami mengumpul maklumat daripada anda secara pasif. Kami menggunakan alat seperti kuki pelayar dan suar web untuk mengumpul maklumat daripada anda. Kami melakukan perkara ini di laman web kami dan di dalam e-mel yang kami hantar kepada anda. Kami mengumpul maklumat tentang pengguna dari masa ke masa bila anda menggunakan platform ini. Kami menggunakan pihak ketiga untuk mengumpul maklumat peribadi dalam cara ini.

Kami memperoleh maklumat tentang anda daripada pihak ketiga.  Laman web media sosial mungkin memberikan maklumat tentang anda kepada kami. Kami juga mungkin memperoleh maklumat tentang anda daripada rakan anda yang menggunakan ciri-ciri “emel rakan”.

Maklumat peribadi yang kami kumpul dan tujuan pemprosesan
Kami mengumpul, memproses dan menggunakan data peribadi anda seperti yang diterangkan di bawah di dalam dasar privasi dan mematuhi undang-undang perlindungan data yang berkaitan.

a) Lawatan ke laman web Home Tester Club
Jika anda hanya melawati laman web kami, iaitu jika anda tidak menghubungi kami melalui e-mel atau melalui borang hubungan, kami akan hanya mengumpul data peribadi yang pelayar anda pindahkan ke pelayan kami. Jika anda ingin melihat laman web kami, iaitu anda ingin membaca ulasan produk tanpa mendaftar sebagai ahli, kami akan mengumpul data berikut, yang diperlukan secara teknikal untuk kami supaya kami dapat memaparkan laman web kami dan memastikan kestabilan dan keselamatannya:

  • Alamat IP
  • Tarikh dan waktu permintaan
  • Perbezaan zon waktu dengan Waktu Min Greenwich (GMT)
  • Kandungan permintaan (halaman khusus)
  • Status akses/kod status HTTP
  • Kuantiti data masing-masing yang dihantar
  • Laman web dari mana permintaan dibuat
  • Pelayar
  • Sistem pengendalian dan antara mukanya
  • Bahasa dan versi perisian pelayar

Jika anda memilih untuk berkomunikasi dengan kami (cth. melalui alamat e-mel atau melalui borang hubungan kami), kami boleh mengumpul alamat e-mel serta nama pertama dan nama keluarga anda dan juga data lain yang dihantar oleh anda dalam keadaan komunikasi, bergantung pada saluran komunikasi.
Kami menggunakan data anda hanya untuk tujuan yang telah anda berikan kami dengan data, cth. membenarkan anda melawati laman web kami atau memproses permintaan hubungan anda.
Untuk menjadikan kunjungan ke laman web kami lebih menarik dan membenarkan penggunaan fungsi tertentu, kami juga menggunakan kuki. Sila rujuk kepada Platform Pengurusan Persetujuan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

b) Pendaftaran sebagai ahli Home Tester Club
Jika anda menjadi ahli Home Tester Club kami, data yang diberikan oleh anda semasa pendaftaran dan yang diperlukan bagi tujuan ini (“medan wajib”) akan dikumpulkan. Buat masa ini, perkara ini termasuk:

  • Nama
  • Jantina
  • Bulan dan tahun kelahiran
  • Alamat e-mel

Anda dikehendaki memberikan alamat anda untuk menerima produk untuk diuji.  Alamat anda tidak diperlukan untuk membuka akaun Home Tester Club.  Anda boleh memberikan nombor telefon anda semasa pendaftaran secara sukarela.
Apabila menetapkan akaun, anda akan perlu mengisi maklumat wajib lanjut Contoh-contoh maklumat ini dan butir-butir lanjut diberikan kemudian dalam dasar ini:

  • Saiz isi rumah anda
  • Bilangan dan umur anak
  • Anggaran pendapatan tahunan anda, dengan pilihan untuk tidak mendedahkannya

Anda juga mempunyai pilihan, secara sukarela, untuk menyimpan gambar profil dan mencipta pautan ke akaun media sosial anda (Instagram dan Facebook). Dalam konteks ini, berkemungkinan bahawa kami boleh menerima maklumat lanjut daripada anda.

  • Apabila anda membuat pautan ke akaun Facebook anda, kami menerima alamat e-mel, nama, tarikh lahir (jika anda telah memberikannya) dan ID pengguna Facebook anda.
  • Apabila anda membuat pautan ke akaun Instagram anda, kami menerima ID pengguna Instagram anda, nama akaun anda dan maklumat tentang bilangan pengikut anda.
  • Dalam kedua-dua keadaan, kami juga akan menerima mana-mana gambar profil yang mungkin telah anda simpan di akaun media sosial anda.

Untuk mendaftarkan anda sebagai ahli, kami perlu nama dan alamat e-mel anda yang sah di mana tanpanya, pendaftaran tidak boleh dilakukan, kerana kami perlu alamat e-mel individu bagi setiap ahli supaya dapat menghubungi anda secara peribadi sebagai rakan kontrak kami. Sebagai tambahan, kami mengesahkan ketepatan alamat e-mel yang anda berikan semasa pendaftaran sebagai ahli dengan menghantar e-mel yang mengandungi pautan yang mesti anda sahkan untuk melengkapkan pendaftaran anda sebagai ahli (dipanggil “pilihan masuk berganda”). Kami memerlukan alamat anda supaya dapat menghantar sebarang ujian produk kepada anda.Anda hendaklah menyatakan umur anda memandangkan kami hanya membenarkan orang dewasa yang menjadi ahli.
Lagipun, data sosio-demografi anda misalnya umur, jantina, saiz isi rumah, bilangan anak dan kelas pendapatan tahunan adalah diperlukan sepenuhnya bagi menentukan kumpulan peserta wakil untuk ujian produk.Tanpa menyatakan data wajib yang disebut di atas, keahlian dalam Home Tester Club tidak boleh dilakukan.
Jika kami mengumpul nombor telefon anda sewaktu pendaftaran, kami akan menggunakannya untuk membuat penjelasan melalui telefon tentang sebarang pertanyaan yang mungkin ada apabila menyampaikan atau menghantar penilaian anda. Kami juga boleh menggunakan nombor telefon anda untuk mengingatkan anda untuk menghantar ulasan selepas anda telah mengambil bahagian ujian produk.
Anda boleh menambah gambar profil untuk memberikan sentuhan peribadi kepada sumbangan anda.

Anda boleh membuat pautan ke Facebook atau Instagram anda, jadi kami mempunyai saluran lain yang boleh kami berhubung dengan anda. Sebagai contoh, kami boleh mengingatkan anda melalui fungsi berita akaun media sosial anda untuk menghantar ulasan selepas anda mengambil bahagian dalam ujian produk. Selain itu, dengan membuat pautan ke akaun media sosial anda, kami boleh mengenal pasti ahli yang aktif di media sosial untuk ujian produk kami. Ia juga membolehkan kami menilai ujian produk kami dengan lebih teliti.

c) Permohonan untuk ujian produk

Jika anda memilih untuk mengambil bahagian dalam ujian produk sebagai ahli Home Tester Club, anda biasanya akan perlu menjawab soalan khusus tambahan. Soalan-soalan ini mungkin tentang pengalaman anda dengan produk ujian atau produk yang sama atau minat serta tabiat anda berkaitan jenis produk tersebut. Ia juga boleh termasuk soalan-soalan tentang gaya hidup, sosio-demografi dan tingkah laku pengguna anda. Bergantung pada produk, kami juga mungkin perlu mengumpul data sensitif dalam keadaan berasingan, cth. maklumat tentang kesihatan anda berhubung dengan produk ujian yang sepadan. Dalam konteks ini, anda juga akan diminta untuk mengesahkan atau mengemaskini data alamat anda.
Kami menggunakan dan perlu data ini untuk mengetahui sama ada anda sesuai dengan kumpulan sasaran ujian produk masing-masing. Tanpa menjawab soalan-soalan khusus ini, anda tidak akan berjaya layak untuk ujian produk.
Bagi sesetengah ujian produk, pemilihan peserta melibatkan proses dua peringkat. Dalam peringkat pertama, kami membuat semakan sama ada anda memenuhi kriteria sosiodemografi wajib melalui jawapan yang telah dihantar oleh anda. Selepas peserta memberikan butir-butir sukarela, semakan automatik akan dijalankan, iaitu tanpa mana-mana kakitangan Home Tester Club kami melihat pada butir-butir tersebut, untuk mengetahui sama ada peserta memenuhi keperluan khusus. Dalam peringkat kedua, peserta akhir dipilih untuk ujian produk daripada semua pemohon yang telah berjaya melengkapkan peringkat pertama. Pemilihan yang mungkin dilakukan secara automatik, ditentukan menurut pelbagai faktor, termasuk tetapi tidak terhad kepada aktiviti anda di Home Tester Club, penyertaan terdahulu anda dan penyempurnaan ujian produk, jawapan anda kepada bahagian sosiodemografi.
d) Penggunaan platform Home Tester Club - Apa kami lakukan dengan maklumat yang diberikan oleh anda
Sebagai ahli, anda akan memberikan pelbagai jenis data, sebahagiannya mengandungi data yang mana anda boleh dikenal pasti dan data lain yang masih dikaitkan dengan anda tetapi anda tidak dapat dikenal pasti.
Jadual berikut menggariskan data yang mungkin anda berikan, bagaimana data ini digunakan oleh Home Test Club, oleh rakan niaga kami dan asas kami untuk pemprosesan,
Apabila anda memberikan data
Data yang diberikan
Penggunaan oleh Home Tester Club
Penggunaan oleh rakan niaga kami

Asas pemprosesan

Pendaftaran

Anda memberikan pelbagai jenis data, termasuk:

  • Nama
  • Jantina
  • Bulan dan tahun kelahiran
  • Alamat e-mel
  • Saiz isi rumah anda
  • Bilangan dan umur anak
  • Anggaran pendapatan tahunan anda, dengan pilihan untuk tidak mendedahkannya

Untuk membuka, mengurus dan mengekalkan akaun Home Tester Club anda.
Jika anda mempunyai profil umum, nama pertama dan bandar anda akan dipaparkan dengan ulasan yang anda hantar.
Jika anda mempunyai profil persendirian, hanya nama pertama anda akan dipaparkan dengan ulasan yang anda hantar.
Alamat penuh anda akan ditunjukkan di papan pemuka peribadi anda dan tidak dipaparkan dengan ulasan anda atau boleh dilihat oleh sesiapa di laman Home Tester Club. Kakitangan Home Tester Club boleh mengakses data ini untuk mengurus dan mengekalkan akaun anda dan bagi tujuan yang diterangkan di bawah.

Kami mungkin memberikan alamat anda kepada pembekal kami bagi tujuan menghantar produk kepada anda.
Kami juga mungkin memberikan alamat e-mel anda untuk memudahkan penghantaran.
Jika mana-mana penggunaan lain bagi alamat anda dicadangkan, kami akan mendapatkan persetujuan untuk penggunaan tersebut.

Asas pemprosesan data peribadi anda bila mendaftar sebagai ahli Home Tester Club adalah minat anda untuk menjadi ahli HTC dan selepas pendaftaran, keahlian anda adalah sejajar dengan terma dan syarat kami.
Asas pemprosesan data peribadi yang diberikan oleh anda secara sukarela adalah persetujuan, yang dinyatakan dengan memasukkan data.

Memuat naik Gambar Profil
Sebagai sebahagian daripada keahlian Home Tester Club, anda boleh menghantar gambar profil, sama ada secara langsung di Home Tester Club atau dengan melampirkan akaun media sosial ke profil anda.
Gambar profil anda akan dipaparkan di laman di sebelah ulasan bertulis, muat naik gambar atau video yang anda hantar, atau aktiviti-aktiviti lagi yang mungkin anda lakukan, misalnya menyertai pertandingan,
Kami tidak memberikan gambar profil anda kepada rakan niaga kami.
Asas pemprosesan data peribadi anda yang mungkin wujud dalam gambar profil anda adalah persetujuan anda, yang dinyatakan dengan memuat naik gambar profil anda atau pautan ke akaun media sosial anda,

Pertimbangan untuk ujian produk
Anda hendaklah mendaftarkan minat anda dengan melengkapkan soal selidik untuk mengambil bahagian dalam ujian produk. Soal selidik akan berbeza menurut produk yang sedang diuji tetapi ia mungkin menanyakan soalan sosio-demografi bagi membantu dalam proses pemilihan kami.

Jawapan anda kepada soal selidik ini tidak akan dipaparkan di laman atau tersedia kepada ahli lain, melainkan ia diagregatkan dengan jawapan pengguna lain.
Rakan niaga berkaitan bagi ujian produk (cth. syarikat yang menyediakan produk atau perkhidmatan yang sedang diuji) akan dapat melihat jawapan anda kepada soal selidik atas asas individu tanpa nama dan secara agregat. Maklumat ini akan termasuk data sosio-demografi dan profil yang telah anda berikan bila anda membuka akaun Home Tester Club anda. Nota, nama penuh, e-mel, telefon, atau alamat anda tidak akan dikongsikan sebagai sebahagian daripada pemprosesan ini.
Asas pemprosesan data peribadi anda bila memohon untuk mengambil bahagian dalam salah satu ujian produk kami adalah persetujuan jelas anda yang dinyatakan melalui pendaftaran anda untuk ujian produk. Perkara ini akan membolehkan kami menilai sama ada anda layak untuk salah satu ujian produk kami, iaitu sama anda sesuai dengan kumpulan sasaran yang ditetapkan.

Menerima produk untuk ujian & serahan tinjauan anda

Selepas menerima produk untuk diuji, anda akan diminta untuk melengkapkan tinjauan susulan penyertaan dalam ujian produk atau projek:

Jika anda mengambil bahagian dalam tinjauan ujian produk kami susulan penyertaan dalam ujian produk, anda akan ditanyakan soalan umum tambahan atau khusus, sebahagian daripadanya adalah khusus projek, biasanya tentang pengalaman anda dengan produk yang diuji. Matlamatnya adalah untuk mengumpulkan hasil terhadap pengalaman dengan produk khusus.

Sesetengah ujian produk mungkin meminta anda memberikan data sensitif kepada Home Tester Club. Perkara ini memastikan kesesuaian produk dengan anda. Jika anda diminta untuk memberikan Data Sensitif kepada Home Tester Club, notis akan diberikan kepada anda sebelum anda menyediakan data tersebut.  Anda tidak berkewajipan untuk menyediakan data ini kepada Home Tester Club
Jawapan anda kepada soal selidik ini tidak akan dipaparkan di laman ini atau tersedia kepada ahli lain, melainkan ia diagregatkan dengan jawapan pengguna lain.

Kami boleh menggunakan hasil tinjauan untuk menghasilkan ulasan yang disiarkan sama ada oleh kami atau oleh pelanggan kami dalam bentuk agregat (cth. “85% daripada 500 penguji mengesyorkan produk ini kepada orang lain!”). Dalam keadaan ini, identiti anda tidak akan didedahkan.

Rakan niaga berkaitan bagi ujian produk (cth. syarikat yang menyediakan produk atau perkhidmatan yang sedang diuji) akan dapat melihat jawapan anda kepada soal selidik atas asas individu tanpa nama dan secara agregat. Maklumat ini akan termasuk data sosio-demografi yang telah anda berikan bila anda membuka akaun Home Tester Club, jawapan yang anda berikan semasa permohonan untuk ujian produk serta nama pertama dan pinggir bandar anda. Nota, nama penuh, e-mel, telefon, atau alamat anda tidak akan dikongsikan sebagai sebahagian daripada pemprosesan ini.
Sebagai sebahagian daripada mendaftar untuk ujian produk, anda akan dimaklumkan tentang kategori berkaitan rakan niaga kami atau rakan niaga yang bekerjasama dengan Home Tester Club dalam menjalankan aktiviti.
Asas pemprosesan data peribadi anda bila mengambil bahagian dalam salah satu ujian produk kami adalah persetujuan jelas anda yang dinyatakan melalui pendaftaran anda untuk ujian produk.

Melengkapkan tinjauan Home Tester Club
Sebagai ahli Home Tester Club, anda juga boleh mengambil bahagian dalam tinjauan kami, yang boleh merupakan tinjauan umum tentang topik umum atau khusus dan tinjauan ujian produk susulan penyertaan dalam ujian produk atau projek:
Jika anda mengambil bahagian dalam salah satu tinjauan umum kami, anda akan ditanyakan soalan umum atau khusus tambahan, sebagai contoh tentang minat dan tabiat anda, tingkah laku pembelian anda atau pandangan anda tentang topik gaya hidup umum atau khusus yang tertentu.

Sesetengah ujian produk mungkin meminta anda memberikan data sensitif kepada Home Tester Club. Perkara ini memastikan kesesuaian produk dengan anda. Jika anda diminta untuk memberikan Data Sensitif kepada Home Tester Club, notis akan diberikan kepada anda sebelum anda menyediakan data tersebut.  Anda tidak berkewajipan untuk menyediakan data ini kepada Home Tester Club

Jawapan individu atau penyertaan anda dalam tinjauan tidak akan disiarkan. Kami boleh menggunakan semua jawapan yang diberikan dalam bentuk agregat dan menyiarkannya sama ada oleh kami atau rakan niaga kami.
Tinjauan juga akan digunakan untuk mengumpul maklumat yang membenarkan kami untuk menawarkan produk tertentu kepada orang tertentu dan mendapatkan tanggapan daripada komuniti kami. Perkara ini membenarkan kami untuk memilih dan menghubungi anda untuk penyertaan dalam projek khusus.

Rakan niaga berkaitan bagi ujian produk atau kempen mungkin dapat melihat jawapan individu tanpa nama anda kepada tinjauan.

Maklumat ini juga boleh termasuk data sosio-demografi yang telah anda berikan bila anda membuka akaun Home Tester Club.

Nota, nama penuh, e-mel, telefon, atau alamat anda tidak akan dikongsikan sebagai sebahagian daripada pemprosesan ini.

Asas pemprosesan data peribadi anda bila melengkapkan tinjauan anda adalah persetujuan jelas anda yang dinyatakan dengan penyempurnaan tinjauan.
Menyertai pertandingan di Home Tester Club
Sebagai ahli, anda boleh mengambil bahagian dalam pertandingan yang kami anjurkan dari masa ke masa. Dalam konteks ini, anda mungkin perlu menyediakan kandungan tambahan, cth. berkaitan pandangan atau pengalaman anda dalam ujian produk (cth. video). Jika tidak, anda tidak boleh mengambil bahagian dalam pertandingan.

Jawapan individu atau penyertaan anda dalam tinjauan tidak akan disiarkan. Kami boleh menggunakan semua jawapan yang diberikan dalam bentuk agregat dan menyiarkannya sama ada oleh kami atau rakan niaga kami.
Pertandingan juga akan digunakan untuk mengumpul maklumat yang membenarkan kami untuk menawarkan produk tertentu kepada orang tertentu dan mendapatkan tanggapan daripada komuniti kami. Perkara ini membenarkan kami untuk memilih dan menghubungi anda untuk penyertaan dalam projek khusus.

Mana-mana rakan niaga berkaitan yang dikaitkan dengan pertandingan mungkin dapat melihat jawapan anda kepada tinjauan dengan nama pertama anda.

Maklumat ini juga boleh termasuk data sosio-demografi yang telah anda berikan bila anda membuka akaun Home Tester Club.
Asas pemprosesan data peribadi anda bila menyertai pertandingan adalah kepentingan kami yang sah – iaitu, kepentingan kami untuk memahami ahli kami dengan lebih baik diseimbangkan dengan minat ahli untuk mengambil bahagian dalam pertandingan sedemikian.
Menulis dan menyiarkan ulasan
Anda boleh menghantar ulasan tentang produk secara terus di laman kami, atau melalui tinjauan yang dilengkapkan di laman kami.
Sila ambil perhatian juga tentang Terma kami bila menyediakan Kandungan. Terma ini menetapkan, antara lain, skop hak penggunaan Kandungan yang anda hantar kepada kami dan pelepasan untuk penerbitan. Jika anda menambah Kandungan, Terma kami akan disediakan kepada anda sebagai pautan, supaya anda boleh melihatnya.

Jika anda, sebagai ahli Home Tester Club, menghantar ulasan atau mengambil bahagian dalam ujian produk, data yang anda hantar kepada kami dalam konteks ini akan dikumpulkan bergantung pada sama ada anda telah memilih “profil persendirian” atau “profil umum”.

  • Profil persendirian

Jika anda mengulas produk atau mengambil bahagian dalam ujian produk dan kemudian menghantar ulasan dan mempunyai “profil persendirian”, ulasan tersebut akan disiarkan di bawah nama pertama anda sahaja dan tarikh ulasan dihantar.

  • Profil umum

Jika anda mengulas produk atau mengambil bahagian dalam ujian produk dan kemudian menghantar ulasan dan mempunyai “profil umum”, ulasan tersebut akan disiarkan di bawah nama ahli dan dengan bandar/kediaman anda serta gambar profil anda, jika anda ada menyimpannya. Profil umum membenarkan ahli lain melihat bukan sahaja nama pertama anda, malah bandar anda, tarikh penyertaan, semua ulasan anda yang disiarkan dan gambar profil anda, jika anda ada memuat naiknya. Anda boleh menyediakan profil anda menjadi persendirian atau umum pada bila-bila masa dalam profil ahli anda di bawah “Papan Pemuka Saya” – “Tetapan” – “Keselamatan”.

Anda boleh menggunakan ulasan dan nama serta lokasi anda untuk mempromosi Home Tester Club dalam perantaraan di luar www.hometesterclub.com, termasuk tetapi tidak terhad kepada media sosial, dalam talian, iklan bercetak atau TV dan platform lain.
Rakan niaga berkaitan yang dikaitkan dengan produk mungkin dapat melihat ulasan bertulis anda dan nama pertama anda. Ulasan ini juga mungkin dikaitkan dengan data sosio-demografi yang telah anda berikan bila anda membuka akaun Home Tester Club dan jika berkaitan, jawapan yang anda berikan semasa permohonan untuk ujian produk.

Kami boleh memberikan ulasan bertulis, nama pertama atau samaran dan lokasi anda kepada rakan niaga kami.

Kami juga boleh memberikan maklumat tentang peranti yang anda guna untuk menghantar ulasan anda dan maklumat teknikal lain untuk rakan niaga kami menyemak kesahihan ulasan anda.

Ekoran daripada itu, rakan niaga berkaitan boleh menggunakan ulasan anda dan maklumat berkaitan untuk mempromosi produk dan jenama mereka, serta selepas itu berkongsinya dengan rakan niaga mereka.

Rakan niaga berkaitan yang dikaitkan dengan produk boleh menggunakan maklumat ini pada perantaraan misalnya:

    • Laman web runcit
    • Laman web jenama
    • Platform media sosial
    • Iklan dalam talian
    • Bahan pengiklanan bercetak
    • Iklan & pemasaran produk dan jenama mereka

Sebarang pemprosesan data peribadi oleh rakan niaga kami akan tertakluk kepada dasar privasi mereka sendiri dan kami menyarankan anda membiasakan diri dengan perkara tersebut, di mana sesuai.

Asas pemprosesan data peribadi anda bila mengambil bahagian dalam salah satu ujian produk kami adalah kepentingan kami yang sah sebagai sebahagian daripada keahlian anda dalam komuniti.
Menghantar dan menyiarkan ulasan video atau gambar
Anda boleh menghantar ulasan tentang produk secara terus di laman kami, atau melalui tinjauan yang dilengkapkan di laman kami.

Sila ambil perhatian juga tentang Terma kami bila menyediakan Kandungan. Terma ini menetapkan, antara lain, skop hak penggunaan Kandungan yang anda hantar kepada kami dan pelepasan untuk penerbitan. Jika anda menambah Kandungan, Terma kami akan disediakan kepada anda sebagai pautan, supaya anda boleh melihatnya.

Jika anda, sebagai ahli Home Tester Club, menghantar video atau gambar, data yang anda hantar kepada kami dalam konteks ini akan dikumpulkan bergantung pada sama ada anda telah memilih “profil persendirian” atau “profil umum”.

  • Profil persendirian

Jika anda menghantar ulasan video atau gambar dan mempunyai “profil persendirian”, kandungan tersebut akan disiarkan di bawah nama pertama anda sahaja dan tarikh kandungan dihantar.

  • Profil umum

Jika anda menghantar ulasan video atau gambar dan mempunyai “profil umum”, kandungan tersebut akan disiarkan di bawah nama ahli dan dengan bandar/kediaman anda serta gambar profil anda, jika anda ada menyimpannya. Profil umum membenarkan ahli lain melihat bukan sahaja nama pertama anda, malah bandar anda, tarikh penyertaan, semua ulasan anda yang disiarkan dan gambar profil anda, jika anda ada memuat naiknya. Anda boleh menyediakan profil anda menjadi persendirian atau umum pada bila-bila masa dalam profil ahli anda di bawah “Papan Pemuka Saya” – “Tetapan” – “Keselamatan”.

Kami boleh menggunakan kandungan video atau gambar yang berikan kepada kami untuk mempromosi Home Tester Club dalam perantaraan di luar www.hometesterclub.com, termasuk tetapi tidak terhad kepada media sosial, dalam talian, iklan bercetak atau TV dan platform lain.
Rakan niaga berkaitan yang dikaitkan dengan produk mungkin dapat melihat ulasan gambar atau video anda dan nama pertama anda. Ulasan gambar atau video ini juga mungkin dikaitkan dengan data sosio-demografi yang telah anda berikan bila anda membuka akaun Home Tester Club dan jika berkaitan, jawapan yang anda berikan semasa permohonan untuk ujian produk.

Kami boleh memberikan ulasan gambar atau video, nama pertama atau samaran dan lokasi anda kepada rakan niaga yang berkaitan. Kami akan mendapatkan persetujuan anda untuk perkara ini bila anda memuat naik gambar atau video ke laman kami.

Kami juga boleh memberikan maklumat tentang peranti yang anda guna untuk menghantar ulasan anda dan maklumat teknikal lain untuk rakan niaga kami menyemak kesahihan ulasan anda.

Ekoran daripada itu, rakan niaga berkaitan boleh menggunakan ulasan gambar atau video anda dan maklumat berkaitan untuk mempromosi produk dan jenama mereka, serta selepas itu berkongsinya dengan rakan niaga mereka.

    • Laman web runcit
    • Laman web jenama
    • Platform media sosial
    • Iklan dalam talian
    • Bahan pengiklanan bercetak
    • Iklan & pemasaran produk dan jenama mereka

Sebarang pemprosesan data peribadi oleh rakan niaga kami akan tertakluk kepada dasar privasi mereka sendiri dan kami menyarankan anda membiasakan diri dengan perkara tersebut, di mana sesuai.
Asas pemprosesan data peribadi anda bila menghantar ulasan video atau gambar adalah persetujuan jelas anda yang dinyatakan dengan penghantaran kandungan.
Penggunaan tanda pagar (hashtag) kempen
Tanpa mengira sama ada profil media sosial anda telah dipautkan atau tidak, anda masih boleh menggunakan “tanda pagar kempen”.

Dengan menggunakan tanda pagar kempen, anda bersetuju bahawa hantaran sedemikian boleh dikongsikan.

Jika anda menggunakan tanda pagar kempen, kami akan dimaklumkan mengenai hantaran anda dan boleh menyiarkannya semula di laman web kami atau saluran media sosial kami.
Bergantung pada kandungan hantaran anda, identiti anda mungkin didedahkan, sebagai contoh, jika anda menggunakan nama sebenar sebagai nama profil media sosial anda, atau jika anda sendiri dapat dilihat dalam hantaran anda.

Pelanggan kami boleh berbuat sebagaimana pengendalian oleh Home Tester Club.

Bergantung pada kandungan hantaran anda, identiti anda mungkin didedahkan, sebagai contoh, jika anda menggunakan nama sebenar sebagai nama profil media sosial anda, atau jika anda sendiri dapat dilihat dalam hantaran anda.

Asas pemprosesan data peribadi anda bila menggunakan Home Tester Club adalah persetujuan anda yang diberikan melalui platform anda membuat hantaran dengan tanda pagar kempen.

Penggunaan tanda pagar “hometesterclub”
Jika anda menggunakan tanda pagar “hometesterclub”, hantaran anda akan disiarkan secara automatik di laman web kami, jika anda mempunyai profil umum.
Dengan menambah tanda pagar “hometesterclub” (atau derivatif pasaran tempatan), anda bersetuju bahawa hantaran sedemikian boleh digunakan.

Jika anda menggunakan tanda pagar hometesterclub berkaitan, kami akan dimaklumkan mengenai hantaran anda dan boleh menyiarkannya semula di laman web kami atau saluran media sosial kami.
Bergantung pada kandungan hantaran anda, identiti anda mungkin didedahkan, sebagai contoh, jika anda menggunakan nama sebenar sebagai nama profil media sosial anda, atau jika anda sendiri dapat dilihat dalam hantaran anda.

Rakan niaga kami tidak dibenarkan untuk menggunakan
Asas pemprosesan data peribadi anda bila menggunakan Home Tester Club adalah persetujuan anda yang diberikan melalui platform anda membuat hantaran dengan tanda pagar kempen.,

Kami menggunakan maklumat untuk menjawab soalan dan permintaan anda. Kami menggunakan maklumat anda untuk menjawab soalan tentang produk atau hubungan anda dengan kami. Kami juga menggunakan maklumat untuk sokongan pelanggan.

Kami menggunakan maklumat untuk menambahbaik produk dan perkhidmatan. Kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk menambahbaik laman web dan perkhidmatan kami. Kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk menyesuaikan pengalaman anda bersama kami.

menambahbaik produk mereka. Kami menggunakan maklumat yang anda hantar untuk penyelidikan dan pembangunan kami dan pelanggan kami.

Kami menggunakan maklumat untuk tujuan keselamatan. Kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk melindungi syarikat dan pelanggan kami. Kami juga menggunakan maklumat untuk melindungi laman web kami.

Kami menggunakan maklumat untuk tujuan pemasaran. Sebagai contoh, kami mungkin menyediakan maklumat tentang produk baharu dan tawaran istimewa kepada anda. Kami melakukan perkara ini bila dibenarkan secara sah.
Kami menggunakan maklumat untuk berkomunikasi dengan anda tentang hubungan kami. Kami mungkin menghubungi anda tentang Dasar Privasi ini atau Terma Penggunaan kami. Kami juga akan berkomunikasi dengan anda tentang percubaan produk di mana kami percaya anda mahu mengambil bahagian.

Kami menggunakan maklumat sepertimana sebaliknya dibenarkan oleh undang-undang atau sepertimana kami mungkin memaklumkan anda.

Kami boleh berkongsi maklumat dengan pihak ketiga.

Kami akan berkongsi maklumat di dalam kumpulan syarikat The Brand Power Company. The Brand Power Company termasuk The Brand Power Company (Australia) Pty. Ltd. Dan The Brand Power Company Holdings Pty. Ltd. serta anak syarikatnya (kami merujuk diri kami secara kolektif sebagai The Brand Power Company). Ia juga termasuk Usaha Sama, PT Home Tester dan pemegang lesen, Steve Cragg Advertising Private Ltd dan Steve Cragg Advertising (Pty) Ltd. Dasar ini menerangkan amalan The Brand Power Company. Kami akan berkongsi maklumat untuk tujuan perniagaan dan sebaliknya terlibat dalam amalan yang diterangkan di dalam Dasar ini.

Kami akan berkongsi maklumat dengan pihak ketiga yang melaksanakan perkhidmatan bagi pihak kami. Kami berkongsi maklumat dengan vendor yang menghantar e-mel untuk kami. Kami juga berkongsi maklumat dengan syarikat yang membantu kami mengendalikan laman web kami. Kami juga berkongsi maklumat dengan syarikat yang mengatur untuk menghantar sampel produk percuma.

Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan rakan niaga kami. Butir-butir perkongsian ini digariskan di atas.

Kami akan berkongsi maklumat jika kami rasa kami perlu melakukannya untuk mematuhi undang-undang atau melindungi anda atau kami. Sebagai contoh, kami akan berkongsi maklumat untuk menjawab perintah mahkamah atau sepina. Kami mungkin berkongsi maklumat jika agensi kerajaan atau badan siasatan memintanya, termasuk penguatkuasaan undang-undang A.S. atau agensi kerajaan. Kami mungkin berkongsi maklumat jika kami percaya kami perlu melakukannya untuk tujuan pelaporan kejadian buruk. Kami juga mungkin memasukkan maklumat anda di senarai pemenang jika dikehendaki oleh undang-undang untuk berbuat sedemikian.

Kami mungkin berkongsi maklumat jika kami menyiasat potensi penipuan.  Perkara ini mungkin termasuk penipuan yang kami rasa telah berlaku semasa ulasan produk atau kempen lain.
Kami mungkin berkongsi maklumat dengan pengganti kepada semua atau sebahagian daripada perniagaan kami, sepertimana dibenarkan oleh undang-undang. Sebagai contoh, jika semua atau sebahagian perniagaan kami dijual, kami boleh memasukkan maklumat pelanggan sebagai sebahagian daripada transaksi tersebut. Apabila dikehendaki oleh undang-undang, kami akan memberikan notis terlebih dahulu kepada anda dan jika anda mempunyai hak yang sah untuk berbuat sedemikian, membenarkan anda untuk membuat bantahan.

Kami juga mungkin berkongsi maklumat atas sebab lain yang kami akan terangkan kepada anda atau sepertimana dibenarkan oleh undang-undang.

Lokasi pihak ketiga. Sesetengah pihak ketiga yang kami berkongsi maklumat dengan mereka mungkin terletak di luar negara anda.

TEMPOH PENYIMPANAN

Data anda akan disimpan selagi data tersebut perlu untuk penunaian tujuan ia dikumpulkan dan tidak ada kewajiban penyimpanan undang-undang yang menentang penghapusannya.
Data anda sebagai ahli Home Tester Club akan disimpan selagi profil anda wujud atau hantaran yang telah anda ulas, semak atau terbitkan tersedia di platform. Anda boleh membatalkan keahlian anda di Home Tester Club pada bila-bila masa dengan menghapuskan akaun anda dalam profil ahli anda di bawah “Papan Pemuka Saya” – “Tetapan” – “Keselamatan”.
Jika anda diminta untuk memberikan Data Sensitif kepada Home Tester Club, notis akan diberikan kepada anda terlebih dahulu sebelum anda menyediakan data tersebut. Anda tidak berkewajipan untuk menyediakan data ini kepada Home Tester Club. Data Sensitif yang telah anda berikan akan disimpan untuk tempoh enam bulan.

Jika anda telah memasukkan data selepas pendaftaran bila menggunakan platform, data-data ini akan kekal disimpan selagi akaun Home Tester Club anda wujud. Sudah pasti, anda boleh merahsiakan hantaran anda (cth. gambar, video, ulasan) pada bila-bila masa dalam profil ahli anda di bawah “Papan Pemuka Saya” – “Muat Naik Saya” atau “Papan Pemuka Saya” – “Ulasan Saya”, atau anda boleh menghapuskan akaun anda. Semua data peribadi berkaitan akaun anda akan dihapuskan. Selanjutnya, nama pertama atau nama samaran anda akan digunakan berhubung hantaran anda – nama pertama atau nama samaran anda tidak mendedahkan identiti anda selepas data keahlian lain anda telah dihapuskan.

Maklumat peribadi anda
Kami ingin memastikan maklumat peribadi yang kami simpan tentang anda adalah tepat, terkini dan lengkap. Jika mana-mana butiran anda berubah atau jika anda percaya bahawa apa-apa maklumat peribadi yang kami simpan tentang anda adalah tidak tepat, anda boleh menghubungi kami dan kami akan mengambil langkah-langkah munasabah untuk membetulkan data tersebut.

Anda boleh mengakses data anda di halaman papan pemuka peribadi anda atau anda juga memohon akses kepada maklumat peribadi anda yang kami simpan tentang anda dengan menghubungi kami sepertimana diterangkan di bawah.

Anda boleh memilih keluar daripada menerima e-mel tertentu daripada kami. Anda boleh memilih keluar daripada menerima e-mel bulanan kami. Ikuti arahan dalam mana-mana e-mel yang anda terima daripada kami untuk berhenti menerima e-mel sebegini. Anda juga boleh log masuk ke laman web kami untuk mengemaskini pilihan hubungan anda di halaman papan pemuka peribadi anda. Jika anda memilih keluar, anda akan terus menerima mesej daripada kami tentang hubungan anda dengan kami apabila dibenarkan oleh undang-undang. Jika anda ingin membatalkan akaun anda (dan tidak mendengar lagi daripada kami), lawati Papan Pemuka Saya (masukkan pautan ke Papan Pemuka Saya).

Anda boleh mengemaskini atau mengakses maklumat anda. Anda boleh log masuk ke akaun anda untuk mengemaskini atau membetulkan maklumat. Anda juga boleh menghantar e-mel kepada kami di: [email protected]

Dasar Kuki dan Tidak Menjejaki Kami
Dasar Tidak Menjejaki Kami: Sesetengah pelayar mempunyai ciri-ciri “jangan jejaki” yang membenarkan anda untuk memberitahu laman web supaya tidak menjejaki anda. Ciri-ciri ini tidak semua seragam. Kami menjawab isyarat tersebut pada masa ini. Jika anda menyekat kuki, ciri-ciri tertentu di laman kami mungkin tidak berfungsi.
Laman kami mungkin menggunakan kuki dan alat penjejakan lain. Pelayar anda mungkin memberi anda keupayaan untuk mengawal kuki. Cara anda berbuat sedemikian bergantung pada jenis kuki. Pelayar tertentu boleh ditetapkan untuk menolak kuki pelayar. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara mendayakan, melumpuhkan atau menghapuskan kuki dari pelayar web anda, sila lawati (http://www.allaboutcookies.org/) atau (https://www.adobe.com/devnet/security.html). Untuk mengawal kuki flash, yang mungkin kami guna di laman web tertentu dari masa ke masa, anda boleh lawati (http://www.macromedia.com/support/documentation/en/flashplayer/help/settings_manager07.html). Mengapa? Kerana kuki flash tidak dapat dikawal menerusi tetapan pelayar anda.
Jika anda menyekat kuki penting, ciri-ciri tertentu di laman kami mungkin tidak berfungsi. Alat penjejakan tidak perlu kami guna adalah:

  • Bazaarvoice: Bazaarvoice membantu kami berkongsi ulasan anda tentang laman pihak ketiga. Ulasan anda akan dikongsikan bersama-sama dengan identiti dalam talian anda. Laman pihak ketiga termasuk laman jenama dan penjual.
  • Facebook Social Graph: Kami menggunakan teknologi ini untuk mengukur keberkesanan kempen pemasaran kami.
  • Google Analytics: Kami menggunakan Google Analytics untuk mengumpul maklumat tentang cara pelawat menggunakan laman web kami. Sebagai contoh, kami mengumpul butir-butir tentang laman di mana pelawat berasal dan jumlah bilangan kali pelawat telah mengunjungi laman web kami.

Google Tag Manager: Kami menggunakan Google Tag Manager untuk menjejaki tingkah laku pengguna, analisis trafik dan pengoptimuman pemasaran.

Pilihan yang anda buat adalah khusus pelayar dan peranti.

Laman web ini tidak dicadangkan untuk kanak-kanak.
Laman web kami disasarkan kepada orang dewasa. Kami dengan tidak sengaja mengumpul maklumat yang dapat dikenal pasti secara peribadi daripada individu bawah umur (kanak-kanak berumur bawah 18 tahun). Jika anda bukan ibu bapa atau penjaga sah dan rasa anak anda memberikan maklumat kepada kami, anda boleh menghubungi kami melalui e-mel atau di alamat yang disenaraikan di penghujung Dasar Privasi ini. Sila tandakan pertanyaan anda “Child PII Request.” Para ibu bapa, anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang cara melindungi privasi anak secara dalam talian di sini (https://www.consumer.ftc.gov/articles/0031-protecting-your-childs-privacy-online)

Kami menggunakan langkah-langkah keselamatan standard.
Kami menggunakan langkah-langkah keselamatan sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang berkaitan. Perkara ini boleh termasuk penyulitan dan kawalan keselamatan. Internet bukanlah selamat 100%. Kami tidak boleh menjanjikan bahawa penggunaan laman kami akan selamat sepenuhnya. Kami menggalakkan anda untuk mengamalkan sikap berhati-hati apabila menggunakan Internet dan melindungi kata laluan anda.
Kami menyimpan maklumat peribadi selagi ianya perlu atau relevan untuk amalan yang diterangkan di dalam Dasar Privasi ini. Kami memusnahkan maklumat selepas tempoh tersebut. Kami juga menyimpan maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang.
Kami mungkin menyimpan maklumat di dalam dan juga di luar Amerika Syarikat.
Maklumat yang dikumpul oleh kami mungkin disimpan di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan United Kingdom. Kami juga boleh menyimpan maklumat di negara lain. Jika anda menetap di luar Amerika Syarikat, anda memahami dan bersetuju bahawa kami boleh memindahkan maklumat anda ke Amerika Syarikat. Platform ini tertakluk kepada undang-undang A.S., yang mungkin tidak mempunyai tahap perlindungan yang sama dengan yang ada di negara anda.
Anda boleh memautkan ke laman atau perkhidmatan pihak ketiga yang tidak dikawal oleh kami.
Jika anda klik pada laman pihak ketiga, anda akan dibawa laman web yang berada di luar kawalan kami. Dasar ini tidak terpakai kepada amalan privasi laman web tersebut. Sila baca dasar privasi laman web lain dengan teliti. Kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan laman pihak ketiga ini. Laman kami juga mungkin mengendalikan kandungan pihak ketiga yang mengandungi kuki mereka sendiri atau teknologi penjejakan.
Jangan teragak-agak untuk menghubungi kami jika anda ada pertanyaan lanjut.
Jika anda ada sebarang pertanyaan tentang dasar ini atau mahu mengakses, memadam, membetulkan, atau mengemaskini maklumat, sila e-melkan kepada kami di: [email protected]. Apabila dikehendaki oleh undang-undang, anda juga boleh membantah atau menyekat cara kami memproses maklumat anda. Kami juga boleh menyediakan maklumat tentang pihak ketiga yang berkongsi maklumat yang kami kongsikan. Anda juga boleh menghubungi kami di:
The Brand Power Company Pte Ltd Perhatian: Pegawai Privasi
Level 12, 380 St Kilda Road
Melbourne VIC 3004
Australia
Telefon: +61 3 9644 0000

Jika kami gagal menyelesaikan mana-mana aduan yang mungkin ada atau jika anda tidak berpuas hati dengan hasil aduan, anda boleh merujuk aduan anda kepada Pejabat Pesuruhjaya Maklumat Australia.

Kami mungkin mengemaskini Dasar Privasi ini.
Kami mungkin mengubah dasar privasi kami dari masa ke masa. Kami akan memaklumkan anda tentang sebarang perubahan penting pada Dasar Privasi kami sepertimana dikehendaki oleh undang-undang. Kami juga akan menyiarkan salinan yang dikemaskini di platform kami. Sila semak platform kami secara berkala untuk mengetahui kemas kini.