Nutty Chocolate Oat Krunch

4.8 5 0 48 48 <p>Oat Krunch dirumus untuk mereka yang mementingkan kesihatan, tetapi setiap kepingan biskutnya masih menggabungkan kelazatan dan kesihatan. Ia kaya dengan bijirin penuh tanpa lemak tepu. Ia dibungkus dalam pek yang mudah untuk dinikmati anda bila-bila masa di mana sahaja. Kini, mempersembahkan perisa terbaharu, Nutty Chocolate dengan Kacang Hazel penuh. Snek sihat dengan lebih keseronokan dan kelazatan!</p>
Nutty Chocolate Oat Krunch

Ulasan

16/01/2020
Rasa crunchy dan sihat!
Kami sekeluarga gemar membeli biskut ini untuk mengalas perut di pagi hari sebelum mengambil sarapan berat. Biskut ini sedap dan cukup rasa kaya dengan kacang serta coklat.
18/02/2019
snek yang sihat
Nutty Chocolate Oat Krunch adalah snek yang sihat dengan hazel kacang yang penuh.
02/11/2018
Lebih krunchh
Lebih banyak coklat chip. Lebih sedap bila dimakan. Rasa gabungan oat dengan coklat lagi sedap
23/03/2018
Sy telah mencuba produk ini Dan Sgt sedap..xmanis Dan sesuai untuk YG sukakan coklat
22/11/2017
Dengan pek-pek kecil amat memudahkan saya membawa bersama dalam beg tangan. Rasanya yang sedap, rangup dan penuh khasiat. Sesuai untuk yang mementingkan kesihatan dan yang sedang berdiet.
26/10/2017
Telah cuba memang sedap. Rasa lain dari biskut biasa.
20/10/2017
Sedap, mudah dibawa kemana mana dan penuh khasiat. Rasa dia pun tak manis sangat. Verry recommended
19/10/2017
Saya da cuba..kebaikan yg saya suka oat ni: 1.sedap dan lazat,sesuai buat breakfast tuk mulakan hari saya 2.mudah dbawa kemana saja..kdg2 simpan 1pek dlm beg..kot2 bjln bwa skali bley mkn dlm keta..😂 3.Mak suka..anak saya lagi suka..boleh abis skali duduk smbil tgo tv.
17/09/2017
Sedap dan rangup. Penuh rasa kacang dan oatnya. Mudah dibawa, masuk je bbrp paket di dalam beg untuk dinikmati dimana sahaja.
12/09/2017
Sesuai untuk pemakanan sihat buat seisi keluarga.. terbaik dan saya serta keluarga sukakannya.m
11/07/2017
Setiap pagi wajib sarapan dengan Nutty Chocolate Oat Krunch..Sesuai utk diet harian saya dan rasa kenyang sepanjang hari..Harga juga berpatutan..I love it!!!
07/07/2017
Sangat sedap dan rasa kenyang sepanjang hari..Sesuai untuk orang yang berdiet macam saya..
17/05/2017
sesuai di makan tidak kira waktu, sekali makan 2 bungkus terus dan tidak memuakkan. harga juga mampu milik.
15/04/2017
Sgt sesuai utk diet harian..rasa yg sgt sedap dan saya suka...
17/11/2016
Sangat sedap dan sesuai untuk diet sihat harian saya.

Galeri Penguji

Q & A

Ada soalan tentang produk ini? Sila tanya atau jawab dibawah, dan saling membantu untuk membeli lebih baik.

Sedang diproses

Produk yang sama