Soalan-Soalan Lazim

Tentang Kami

Home Tester Club adalah komuniti pembeli online yang menguji produk dan kongsikan ulasan untuk membantu para pembeli membeli dengan lebih bijak. Home Tester Club adalah rumah untuk ribuan ulasan produk, dan dengan menyertai kelab ini, anda akan layak untuk menyertai ujian produk percuma, dengan sampel yang dihantar terus ke rumah anda.
  • 100% ulasan yang tidak ditapis: Apa yang kami jangkakan daripada ahli kami adalah keikhlasan Sukakan syampu terbaru anda? Tidak suka dengan perisa biskut baharu? Ulasan produk anda tidak akan ditapis di Home Tester Club - membantu pembeli yang lain untuk membeli dengan lebih bijak dengan berkongsi pengalaman sebenar anda berkaitan produk.
  • Pertandingan bulanan: Daripada pertandingan gambar hingga ke kaji selidik hadiah, terdapat pelbagai hadiah hebat untuk dimenangi daripada Home Tester Club! Semak tab Pertandingan untuk lihat apakah yang boleh dimenangi pada bulan ini.
  • Dengarkan suara anda: Suara pengguna adalah suara yang paling dipercayai. Maklum balas anda yang ikhlas berkenaan produk adalah penting, dan akan membantu peneraju jenama di dalam negara untuk memajukan produk yang lebih baik untuk pasaran.
Home Tester Club adalah komuniti pembeli online yang menguji produk dan kongsikan ulasan untuk membantu para pembeli membeli dengan lebih bijak Home Tester Club adalah rumah untuk ribuan ulasan produk, dan dengan menyertai kelab ini, anda akan layak untuk menyertai ujian produk percuma, dengan sampel yang dihantar terus ke rumah anda.

Penyertaan

Untuk sertai, hanya klik Sertai Sekarang. Home Tester Club adalah 100% percuma untuk sertai.
Home Tester Club boleh didapati di Australia, Kanada, India, Indonesia, Malaysia, Singapura, Afrika Selatan, Amerika Syarikat dan UK. Kami kini sedang berkembang maju, dan berharap boleh didapati di negara anda tidak lama lagi
Kami inginkan Home Tester Club menjadi komuniti online terbaik untuk pemeringkatan dan ulasan produk runcit. Untuk mencapainya, kami jangkakan ahli-ahli kami untuk kongsikan ulasan ikhlas mereka ke atas produk yang telah mereka uji melalui Home Tester Club, atau mencuba sendiri. Tiada kos yang berkaitan dengan menjadi ahli - tetapi kami harap anda akan menulis ulasan dan terlibat dengan pertandingan kami.
Menguji produk adalah satu daripada bahagian menarik menjadi ahli Home Tester Club! Kunjungi bahagian "Uji" di laman web untuk mendaftar minat anda bagi ujian produk semasa tempoh pengambilan. Ingat, kami ingin pastikan produk yang tepat berada pada pengguna yang sepatutnya. Sebelum kami menghantar produk, kami akan tanyakan anda beberapa soalan prakelayakan bagi memastikan anda adalah individu yang tepat untuk menguji produk tersebut. Anda mungkin tidak sesuai untuk setiap ujian produk, tetapi jangan putus asa - nantikan jemputan kami di e-mel anda.

Menguji Produk

Apabila anda mendaftar sebagai seorang ahli, kami akan tanya beberapa soalan untuk membantu kami memahami profil pengguna anda. Gabungan maklumat ini, dan juga soalan prakelayakan (spesifik untuk ujian produk), akan menentukan ahli yang terbaik untuk menguji sesebuah produk.
Kami hanya ingin menghantar produk yang berkaitan dengan anda. Dengan mendaftar dan melengkapkan profil anda, kami tahu untuk tidak menghantar produk bayi kepada ahli yang masih belum mempunyai bayi.
Jika anda memohon untuk ujian produk dan anda telah terpilih untuk menyertai, kami akan memberitahu anda melalui e-mel.
Tahniah! Biasanya, satu produk akan mengambil masa 1-3 minggu untuk dihantar sebaik sahaja anda terpilih untuk ujian.
Jika anda terpilih untuk ujian produk dan anda belum menerima produk selepas 3 minggu, sila ikuti langkah-langkah berikut:


  • Log masuk ke akaun anda, dan kunjungi Pemuka anda dengan klik nama anda pada bahagian kanan atas. Kemudian, pilih "Butiran Profil" untuk pastikan alamat anda adalah betul.

  • Jika alamat anda tidak betul, produk anda tidak akan sampai kepada anda. Sila kemas kini alamat anda.

  • Jika alamat anda betul, semak untuk lihat jika terdapat sebarang kelewatan penghantaran di kawasan anda.

  • Jika segalanya ok, berkemungkinan pakej anda telah hilang. Malangnya, ini jarang berlaku, dan disebabkan oleh bekalan yang terhad, kami tidak dapat menghantar semula produk yang hilang.

Bagus! Sila baca risalah yang telah dihantar dengan produk anda, kerana ini termasuk dengan arahan untuk ujian produk anda. Kami akan menghantar kepada anda satu pautan melalui e-mel untuk mendapatkan akses maklum balas kaji selidik anda, supaya anda boleh kongsikan pandangan anda berkenaan produk bersama kami. Ingat, jadilah ikhlas!

  • Tip Penguji: Ambil gambar anda menggunakan produk dan kongsikannya di laman Facebook atau Instagram anda. Pastikan anda mengikuti kami dan gunakan hashtag #HomeTesterClub untuk anda berpeluang menangi hadiah atau dipaparkan.



Walaupun kami ingin memasukkan setiap ahli ke dalam ujian produk kami, kami mempunyai komuniti yang agak besar dan hanya sejumlah produk yang terhad sahaja untuk dihantarkan. Cara terbaik untuk meningkatkan peluang anda untuk terpilih adalah dengan melengkapkan profil Home Tester Club anda, dan untuk memohon ujian produk dengan secepat mungkin sebaik sahaja anda dijemput untuk mendaftar.

Mengulas Produk

Jika anda ingin memberikan ulasan untuk produk tertentu, sila gunakan bar carian untuk lihat jika kami mempunyai laman produk untuk item tersebut. Jika ada, sila berikan ulasan anda! Jika anda tidak dapat mencari laman produk yang anda cari, hantarkan nota kepada kami dan kami akan tambahkan pada laman.
Di Home Tester Club, kami bergantung kepada ulasan ikhlas anda untuk membantu pembeli membeli dengan lebih bijak. Jika anda tidak sukakan sesuatu produk, sila beritahu kami.
Ulasan yang negatif adalah ulasan yang ikhlas. Kami ingin mendengar pandangan sebanar anda tentang produk yang penting kepada anda. Dengan pengecualian bahasa yang tidak sesuai dan kesat, ulasan anda tidak akan menjejaskan peluang anda untuk terpilih bagi ujian pada masa akan datang.
Kami suka bila ahli kami menjadi kreatif. Untuk meninggalkan ulasan gambar atau video, klik "Muat naik gambar/rakam video" di bawah gambar produk.
Ulasan gambar atau video mungkin tidak dimuat naik secara automatik ke laman kerana ulasan sebegini memerlukan kelulusan oleh pasukan di Home Tester Club. Jangan risau, jika diluluskan, anda akan dapat melihatnya dalam 1-2 hari.
Ulasan di Home Tester Club adalah ditulis oleh ahli yang telah mencuba produk sebagai sebahagian daripada ujian produk, dan juga sebagai ahli yang yang telah mencuba sendiri produk tersebut. Anda boleh menggunakan filter menu pada setiap laman produk untuk membaca ulasan yang disusun mengikut: DIUJI DI RUMAH, SAYA TELAH MENCUBANYA, PENILAIAN atau TARIKH.

Pertandingan

Sekurang-kurangnya sebulan sekali kami akan menganjurkan satu pertandingan dengan hadiah hebat untuk dimenangi. Sila semak tab pertandingan pada setiap bulan untuk melihat apa yang boleh anda rebut! Kami juga mengadakan pertandingan mini di Facebook dan Instagram, jadi sila pastikan anda ikuti dan sertai kami.

Akaun Saya

Lebih banyak anda sertai, lebih banyak mata yang anda miliki sebagai ahli Home Club Tester.
Apa yang membuatkan Home Tester Club menjadi hebat adalah dengan penyertaan ahli. Lencana adalah simbol sumbangan kepada Club. Lebih aktif anda, lebih banyak lencana yang anda miliki - dan lebih banyak lencana anda miliki, lebih besar peluang anda untuk mendapat ganjaran.
Terdapat pelbagai cara untuk anda miliki lencana: menulis ulasan, kongsikan muat naik gambar dan video, lengkapkan kaji selidik, dan sebarkan maklumat di media sosial akan membuatkan anda memiliki lencana.
Sesetengah lencana mudah dimilki berbanding yang lain - tetapi jangan biarkan ia menghalang anda untuk memiliki kesemua lencana. Terdapat 3 kategori lencana yang boleh anda miliki:

  • Miliki lencana Club dengan melengkapkan profil keahlian, dan menulis ulasan.

  • Miliki lencana Community dengan melibatkan diri dengan - ya, komuniti! Muat naik gambar, muat naik video dan penyertaan kaji selidik adalah cara yang pasti untuk memiliki lencana.

  • Miliki lencana Expert dengan menulis ulasan pelbagai produk dalam kategori.

  • Berminat dengan syampu atau perapi kegemaran anda? Rasai sensasi hebat tentang rejim krim muka baharu? Kongsikan ulasan anda dan anda akan memiliki lencana Pakar Kesihatan & Kecantikan dalam masa yang singkat.

Semua Lencana adalah disimpan di dalam tab Lencana Saya di Pemuka anda. Rak Pencapaian anda akan memaparkan lencana yang telah anda miliki, dan lencana yang belum lagi anda capai. Terdapat juga petunjuk berguna yang menunjukkan bagaimana untuk menaikkan status lencana daripada Gangsa ke Perak dan status lencana Perak ke Emas.
Tidak lama lagi, kami akan memperkenalkan cabaran-cabaran Home tester Club untuk memberikan ganjaran kepada ahli-ahli dengan hadiah-hadiah menarik untuk lencana yang telah mereka miliki. Satu cabaran yang mungkin kami libatkan adalag memberikan hadiah kepada Pakar Binatang Peliharaan dan satu lagi cabaran adalah kita mungkin memberikan ganjaran kepada Pengulas Video kita! Untuk melibatkan diri, sila teruskan sertai dan sumbangkan kepada komuniti.
Ingin tahu di mana kedudukan anda di kalangan ahli-ahli lain? Pada bila-bila masa, lihat papan peneraju di dalam tab Lencana Saya pada Pemuka anda untuk melihat lencana yang di dicapai di dalam komuniti.
Di Home Tester Club, kami percaya bahawa maklumat anda mestilah disimpan dengan sulit. Butiran maklumat anda termasuk nama, alamat dan e-mel anda tidak akan dikongsikan dengan sesiapa di luar Buchanan, kecuali anda memilih untuk kongsikan butiran dengan para ahli. Biasanya, hanya nama pertama dan terakhir anda yang akan ditunjukkan di laman web. Jika anda menguji satu produk, maklum balas balas anda boleh dikongsi dengan jenama atau syarikat yang memiliki produk tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila lihat Polisi Privasi kami.
Anda dialu-alukan untuk menyertai tanpa akaun media sosial anda, sesetengah ujian produk akan menggalakkan anda untuk menggunakan akaun media sosial anda jika anda mempunyainya.
Kemas kini butiran anda adalah penting untuk terpilih untuk ujian produk dan pengahntaran yang berjaya! Klik Sini
Pastikan butiran log masuk anda, contoh seperti e-mel dan kata laluan yang anda daftarkan adalah betul. Jika anda masih tidak dapat log masuk, cuba set semula kata laluan anda. Masukkan alamat e-mel anda yang anda gunakan untuk mendaftar dan kami akan hantar e-mel dengan pautan untuk set semula kata laluan anda.
Kami sedih melihat anda pergi, tetapi Home Tester Club adalah bukan untuk setiap orang. Untuk padamkan akaun anda, Klik Sini